
petang tu cerah luar biasa..ah maklum jelah musim terkujuh selalu hanya hujan meringet memanjang masa, akan cuaca yang sebegitu..aku apa lagi, pantang anak jantan mesti hendak keluar..yelah aku kan anak muda seyakinnya darah hang tuah mengalir laju..
apa khabar orang kampung
lama sungguh tak berjumpa..
kirim-kirim lah berita..
belum sempat aku nak mula dendangan kuda kepang kesayangan abang aku, kawanku sudah terpacak kat depan rumah aku..ceh dia ni kacau akar sungguh baru je nak bawa lari motor abang aku..kalau tak.. boleh aku melompat motorsikal tu..nak buat macam mana..susah gak jenis berkawan ni, asal aku nak bersendirian je..adalah muka-muka mafia ni cuba nak menganggu ketenangan harmoni aku..kalau aku berkeluarga mahu tak tido dibuatnya..nak melayan kerenah topeng-topeng makhluk ni..
"woi jom lepak tepi jambatan ali" luah isi hati sukri
" ramai ke..kalau setakat makan goreng pisang je..gua tak nak laa.." balas aku
" ceh kau ni berlagak lah..ari ni ada program besar beb!!" mula pancing
" apa.. bedal durian pak mat ke??" hahaha biasa jalan-jalan curi makan
" kau dah buang tebiat ke?? musim ni mana ada durian lagi pun aku dah taubat nasuha" sukri
" kepala kapal terbang kau!! taubat konon..semalam kau curi kuih kat surau masa orang solat maghrib tu apa, amal jariah pertama kau lepas taubat" bukti haram.
"laa..aku lak yang salah..kan kau yang sumbang idea..aku pak turut..kau tanggung dosa" cuba tindakbalas
"yelah memang idea aku..aku suruh simpan, tunggu aku selesai sembahyang..kau dah tak buat..kuih tu pulak kau bedal berjemaah ngan member-member" senyum mengukir..
"takpe malam jumaat ada bacaan yasin rumah pak itam..tu malam, aku belanja..hahahaha" ketawa besar.."jom laa, pian, mat, din kecik.bidi dan ramai lagi tengah tu kau ni"
"buat apa tunggu aku" soal aku.
"kau kan kepala..kuli mesti tunggu..ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan walaupun kat sekolah kau budak skema tapi hati macam bersifat binatang..hahaha"
"ceh..kutuk aku ye..ok mcm nilah aku ada idea, apa kata ari kita buat amal jariah..bersih kubur, baru kena ceramah semalam" aku nak ubah idea asal kawan aku tu..
"peh..dah alim kau rupanya..pakaian dah kena ngan kain pelikat kau tapi janggut takde.."sindiran kawan aku..
aku mengekori jalanan kawan.....
hatta..indah sungguh desa aku, menyosori jalan yang diungguri dedahan pokok menebal, udara yang nyaman menosor roma-roma hidung aku..sejuk menyentap takbir-takbir hati aku..kelajuan motor terus menuju ke sungai merentasi bendang-bendang sawah yang menghijau..pokok padi cukup galak mengembang subur melemparkan bau wangi..bau-bauan itu mengingat keperitan aku dan abang aku menyelesaikan sawah-sawah di belakang rumah usang aku..letih menjadi ilham pengajaran tentang betapa susah untuk mendapat segenggam beras menginsafi diriku buat sementara waktu..
petang itu menjadi bukti perlibatan rahmat sekelian alam bersatu menghasilkan padi-padi pemberian Yang Maha Esa..bagi aku, itu rahmat nabi muhammad kerana banginda laa..dunia ini ceria dengan riuh air, pokok dan tanah menabur bakti bagi makhluk mengingati Dia dan makhluk alpa kekuasaannya..dunia ini satu ketika gersang tiada sebarang kehidupan yang mekar berkembang, dengan kedatangan rasulullah laa yang menerangi dan menyejukkan sekelian alam..sebagaimana lirik-lirik zanji mengungkai mengenai kehebatan nabi muhammad kepada alam dunia, satu rahmat kurniaan Ilaahi..
aku seakan terkesima dengan lembaian pokok nyiur yang merimbun, tarikan teriak pepohon riang melemparkan udara-udara segar seakan terlupa kotoran di badan aku.. kalau aku dapat mendengari riuh rendah suara pepohon, sungai, udara dan alam memuji kebesaran Yang Maha Esa..tentu hebat dendangan pujian itu..
"wahai kawan-kawan..lihat aku bawak sapa ni.." pekikkan sukri nyaring
"hahaha kau bawak gembala mana tu!!" sauh din kecik
"kau badan kecik pon..nak baham orang" kritik pian
"biawak ini pula yang terasa..kau apa hal" din kecik menikam
"dah-dah..kau!! dua ekor dah macam biawak ngan cicak lak aku nengok" tempias bidi
"aku bawak kepala bendul kat korang..hahaha" sukri ketawa..aku apa lagi terus menerkam sukri sampai berair anak matanya meminta belas kemaafan dari ku..
"ok..kepada kawan-kawan ku..apa hajat membawa aku kemari yang sebegini jauh di pelosok kota-kota hutan" pinta ku
"wah..wah..macam biawak berseni" sindir bidi.
"aku sebenarnya bawak kau kemari kerana fatin..puteri idaman kau" tembak mat.
FATIHAN..kenapa nama tu yang disebut
"kerana dia dah syok ngan kau.." sambung mat yang seakan menduga abadi aku.
"aku tak syok ngan dia..kan pejo suka dia..takkan aku lak disuka.." pusing aku.
"tapi dia dah tawar ngan pejo..cun beb kalu aku dah lama aku baham" sukri
"aku bab ni tak syok..korang tau aku dah ada skandal ngan suhada!!" kuatkan hujah.
"ala suhada tu kawan baik kau..kau kalu ngan popuan lain tak berani tapi ngan suhada laju pulak" pukulan maut pian.
"aku kalu bab ini malas nak bincang.."
"tapi..aku pelik..dalam banyak kawan, kau paling buruk, gemuk dan tak berapa alim boleh fatin menyimpan perasaan kat kau..."simpul sukri.
"ala kau takkan tak tau mamat ni ramai yang minat tapi dia je yang jahil pasal popuan" piah cuba menangkap hati aku..
ye sememangnya aku tak mengerti pasal ilmu perempuan, aku tidak suka memikat gadis-gadis gentik kerana diriku..benar juga titah sukri..aku ini gemuk susah seseorang menghendaki aku lagipun aku bukan jenis suka bergaul dengan perempuan, tapi aku binggung kenapa begitu ramai yang ingin mengenali aku..ada yang sanggup telefon rumah aku berjam-jam, tunggu aku semata-mata hendak ajak aku berjumpa, malah ada yang tinggal surat layang..nasib baik aku ini jenis tidak kacak, jadi tidak orang dengki..
aku sebenarnya menyukai dia gadis idaman aku waktu hujan dulu..
kenapa dia begitu senyap?????