Ahad, 3 Mei 2009

sepetang di sungai ali..bulan dipagari bintang episoh 3


petang tu cerah luar biasa..ah maklum jelah musim terkujuh selalu hanya hujan meringet memanjang masa, akan cuaca yang sebegitu..aku apa lagi, pantang anak jantan mesti hendak keluar..yelah aku kan anak muda seyakinnya darah hang tuah mengalir laju..

apa khabar orang kampung
lama sungguh tak berjumpa..
kirim-kirim lah berita..

belum sempat aku nak mula dendangan kuda kepang kesayangan abang aku, kawanku sudah terpacak kat depan rumah aku..ceh dia ni kacau akar sungguh baru je nak bawa lari motor abang aku..kalau tak.. boleh aku melompat motorsikal tu..nak buat macam mana..susah gak jenis berkawan ni, asal aku nak bersendirian je..adalah muka-muka mafia ni cuba nak menganggu ketenangan harmoni aku..kalau aku berkeluarga mahu tak tido dibuatnya..nak melayan kerenah topeng-topeng makhluk ni..


"woi jom lepak tepi jambatan ali" luah isi hati sukri
" ramai ke..kalau setakat makan goreng pisang je..gua tak nak laa.." balas aku
" ceh kau ni berlagak lah..ari ni ada program besar beb!!" mula pancing
" apa.. bedal durian pak mat ke??" hahaha biasa jalan-jalan curi makan
" kau dah buang tebiat ke?? musim ni mana ada durian lagi pun aku dah taubat nasuha" sukri
" kepala kapal terbang kau!! taubat konon..semalam kau curi kuih kat surau masa orang solat maghrib tu apa, amal jariah pertama kau lepas taubat" bukti haram.

"laa..aku lak yang salah..kan kau yang sumbang idea..aku pak turut..kau tanggung dosa" cuba tindakbalas
"yelah memang idea aku..aku suruh simpan, tunggu aku selesai sembahyang..kau dah tak buat..kuih tu pulak kau bedal berjemaah ngan member-member" senyum mengukir..
"takpe malam jumaat ada bacaan yasin rumah pak itam..tu malam, aku belanja..hahahaha" ketawa besar.."jom laa, pian, mat, din kecik.bidi dan ramai lagi tengah tu kau ni"

"buat apa tunggu aku" soal aku.
"kau kan kepala..kuli mesti tunggu..ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan walaupun kat sekolah kau budak skema tapi hati macam bersifat binatang..hahaha"
"ceh..kutuk aku ye..ok mcm nilah aku ada idea, apa kata ari kita buat amal jariah..bersih kubur, baru kena ceramah semalam" aku nak ubah idea asal kawan aku tu..
"peh..dah alim kau rupanya..pakaian dah kena ngan kain pelikat kau tapi janggut takde.."sindiran kawan aku..

aku mengekori jalanan kawan.....

hatta..indah sungguh desa aku, menyosori jalan yang diungguri dedahan pokok menebal, udara yang nyaman menosor roma-roma hidung aku..sejuk menyentap takbir-takbir hati aku..kelajuan motor terus menuju ke sungai merentasi bendang-bendang sawah yang menghijau..pokok padi cukup galak mengembang subur melemparkan bau wangi..bau-bauan itu mengingat keperitan aku dan abang aku menyelesaikan sawah-sawah di belakang rumah usang aku..letih menjadi ilham pengajaran tentang betapa susah untuk mendapat segenggam beras menginsafi diriku buat sementara waktu..

petang itu menjadi bukti perlibatan rahmat sekelian alam bersatu menghasilkan padi-padi pemberian Yang Maha Esa..bagi aku, itu rahmat nabi muhammad kerana banginda laa..dunia ini ceria dengan riuh air, pokok dan tanah menabur bakti bagi makhluk mengingati Dia dan makhluk alpa kekuasaannya..dunia ini satu ketika gersang tiada sebarang kehidupan yang mekar berkembang, dengan kedatangan rasulullah laa yang menerangi dan menyejukkan sekelian alam..sebagaimana lirik-lirik zanji mengungkai mengenai kehebatan nabi muhammad kepada alam dunia, satu rahmat kurniaan Ilaahi..

aku seakan terkesima dengan lembaian pokok nyiur yang merimbun, tarikan teriak pepohon riang melemparkan udara-udara segar seakan terlupa kotoran di badan aku.. kalau aku dapat mendengari riuh rendah suara pepohon, sungai, udara dan alam memuji kebesaran Yang Maha Esa..tentu hebat dendangan pujian itu..

"wahai kawan-kawan..lihat aku bawak sapa ni.." pekikkan sukri nyaring
"hahaha kau bawak gembala mana tu!!" sauh din kecik

"kau badan kecik pon..nak baham orang" kritik pian
"biawak ini pula yang terasa..kau apa hal" din kecik menikam
"dah-dah..kau!! dua ekor dah macam biawak ngan cicak lak aku nengok" tempias bidi
"aku bawak kepala bendul kat korang..hahaha" sukri ketawa..aku apa lagi terus menerkam sukri sampai berair anak matanya meminta belas kemaafan dari ku..

"ok..kepada kawan-kawan ku..apa hajat membawa aku kemari yang sebegini jauh di pelosok kota-kota hutan" pinta ku
"wah..wah..macam biawak berseni" sindir bidi.
"aku sebenarnya bawak kau kemari kerana fatin..puteri idaman kau" tembak mat.
FATIHAN..kenapa nama tu yang disebut

"kerana dia dah syok ngan kau.." sambung mat yang seakan menduga abadi aku.
"aku tak syok ngan dia..kan pejo suka dia..takkan aku lak disuka.." pusing aku.
"tapi dia dah tawar ngan pejo..cun beb kalu aku dah lama aku baham" sukri
"aku bab ni tak syok..korang tau aku dah ada skandal ngan suhada!!" kuatkan hujah.
"ala suhada tu kawan baik kau..kau kalu ngan popuan lain tak berani tapi ngan suhada laju pulak" pukulan maut pian.
"aku kalu bab ini malas nak bincang.."
"tapi..aku pelik..dalam banyak kawan, kau paling buruk, gemuk dan tak berapa alim boleh fatin menyimpan perasaan kat kau..."simpul sukri.
"ala kau takkan tak tau mamat ni ramai yang minat tapi dia je yang jahil pasal popuan" piah cuba menangkap hati aku..

ye sememangnya aku tak mengerti pasal ilmu perempuan, aku tidak suka memikat gadis-gadis gentik kerana diriku..benar juga titah sukri..aku ini gemuk susah seseorang menghendaki aku lagipun aku bukan jenis suka bergaul dengan perempuan, tapi aku binggung kenapa begitu ramai yang ingin mengenali aku..ada yang sanggup telefon rumah aku berjam-jam, tunggu aku semata-mata hendak ajak aku berjumpa, malah ada yang tinggal surat layang..nasib baik aku ini jenis tidak kacak, jadi tidak orang dengki..

aku sebenarnya menyukai dia gadis idaman aku waktu hujan dulu..

kenapa dia begitu senyap?????

Khamis, 30 April 2009

Bulan dipagari bintang episoh 2


Ramai yang mengata mengenai wanita itu..oooh maaf gadis ilham batin..mmm sudah-sudah lama aku mencari ilham itu " bodoh sangat ke aku ni?" soalan..jawapan ye atau tidak..semestinya ye perihalkan saja manusia yang dihantar ke dunia nyata tidak lain mungkin tidak tahu menahu..tapi aku tidak hendak mengatakan bodoh..

ayam berkokok tanpa hari siang makin menyelerakan.." bangun..bangun.." mak meyingkap kesepian aku.. "ye mak..i come" "dah kul berapa ni" "ala mak kita ni bukan iman solat kat surau uzur tu" aku mencelah celah kata-kata orang tuaku. "yelah ko bukan iman tapi pak long aziz.." "ye tau pak long aziz nak anak muda" hahaha memang jiranku mengadu..orang muda sudah hilang semangat ke surau.

Siap " mak ayah anakanda nak gerak ni..I love you"..mak senyum melirik, takakan tidak senyum melayan telatah anaknya yang nakal..longlai aku melangkah meyusuri bidaah-bidaah dunia ini. aku tidak menyukai kata-kata pujian..takut-takut aku lebih menyesati diri ke lembah berduri..

Selesai, "pak long!!"
"yer..ada apa"
"ala pak long mari kita lepak dulu"
"engkau ni..ingat aku orang senang macam kau ke??"
"pak long lagi senang..asal nak je..confirm dapat laa.."

hahahahahaha

pekik bingit ketawa puak-puak nujum pak belalang. macam biasa laa..walaupun aku sekolah lagi tapi babak sembang 'macam-macam ada'. itu yang mengasyikkan diri ini dibuai mimpi-mimpi kayangan.kalau lepak lepas isyak lagi menarik dapat pertua--pertua pokok subur...beb..rugi orang muda sekarang ini. mencari pandai..bak membelai gagal..tidak membuah tebal jawabnya..kata-kata pak usop.

"ko ni nak sekolah ke tak"
"aha..kau bajet kau guru besar ke?" ejek lagi
"ala pak mail ni..kita disusahkan..yang anak dara pak tu dah gerak ke belum"
" pulak dah..aku dijadikan bahan kajian laa"
masing-masing senyum lebar. semua orang tahu pak mail sibuk kalah ribuk tapi kera kena belacan buat lakonan pula. yelah jangan anak ini susah kalahkan kerbau sekandang tapi kalau betul cara selamat dunia dan akhirat..Inshaallah

" kau kalau nak popuan senang je "
"cantek malam ni aku belanja kopi o"
"ceh nak ilmu popuan pandai tapi cakapnya kopi o"
" kawan ngan pak usop ni syok..dapat semangat" pak usop melebar manis..kena pujian laa.
pak mail angkat punggung membelah pagi dara. mungkin sedar anak dara masih geraman..hahahha.

Perempuan adalah ejaan terpisah dua makna, perem dan puan. Bila digabung jadinya satu. ada makna yang tersurat dan menyirat. Rahsia. perem maksudnya pandangan jiwaku jatuh pula puan pandangan zahir ku digabung jadi satu yakni isi batin ku akhirnya..bertemu??.

ini maksud bagaimana hendak dapat hati seorang perempuan!!!

Isnin, 27 April 2009

Sakit tua

aku runsing memikirkan apa yang akan berlaku nanti..orang tua ku terlantang menahan bebanan kesakitan yang di alami sejak bertahun-tahun lamanya. puas-puas darah mengalir membenarkan Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak mengiakan glukos dalam darah menembusi dinding sel dengan membawa hila tawa.

ayah aku mengerti.."sudah!! jangan nak paksa aku..kau ingat aku batang kayu..nak bawa aku ke hospital" " tapi ayah??". aku menjadi bingung kenapa orang tua ku masih degil mendengar kata-kata anakmu ini??.

wahai ayahanda ku..anakanda datang memohon sembah fikiran bukan meminta sembah durjana, anakanda bukan durjana itu "benda itu" sebenarnya durjana. Mengertilah ayahku, Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani. panggilan diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. anakanda mohon kasih junjungan ayahanda..

"kau apa tau, aku dah sakit bertahun-tahun.." mungkin itu maksud diri tua itu..

entah mana silapnya, memahami perasaan bukan sesuatu perkara yang senang atau pun mudah nak mengata seperti mengoyak sehelaian kertas..manis berkait dengan fungsi bauh pingang manusia..ye kalau jasad memanafaatkan fungsi tubuh..hidup ibarat sayur diberi makan baja, tahun 1897, dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

itu bukti barat, apakah orang itu mahu memahami pembuktian itu..mungkin curah air di lautan luas..

aku diam mengira abjad-abjad "ayah sekaya mana manusia tanpa kehamonian jasad tak berguna" sepi menyelubungi "aku tau, tapi ayah sudah lemah" cuba berlembut..benar titah uzur itu. Ayah lemah layan kerenah sakit itu. genetik sebenarnya memperangkap dirinya dan begitu juga aku..

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

kencing manis meresap dalam darah menghalang fungsi buah pingang..kegagalan berfungsi cernaan akibat musuh manis bermaharajarela 'GULA'. lengkap bala tentera semua, kita akan menyerang pertahanan musuh..tentera berkuda dan memanah bersiap sedia, otak mengaktifkan kekuatannya mengarah 'Serang'..musuh abzat diserang bertalu-talu tanpa henti..kubu mula pecah, sasaran dikenalpasti..tembak bom..pelbagai kemampuan digunakan..

alamak musuh telah mengawal tali air..tentera dahagakan..musuh memusnah buah pingang..kumpul mayat dan bakar biar jadi abu..hahahahah ketawa wahai durjana semua kita menang menawan...

Ahad, 26 April 2009

Bulan dipagari bintang


dulu aku selalu mencari di mana keabadian huruf itu, "bulan dipagari bintang". aku masih ingat lagi dan terus mengingati apakah! aku sebegitu??? mungkin ye..atau mungkin benar... hahaha.. mungkin aku selalu mencoret mimpi seindah buit buit lirik p.ramlee sewaktu mengungkainya semalam.

Waktu sekolah hening menyisir pagi..berlari petang terus mengangkat tawa hilai..fuh panas-panas membara bukanlah panas baran itu panas juga tetapi tergolong dalam "panas perasaan". lupakan lupakan itu semua..laa rupanya aku masih dalam kelas dan hanya menunggu saat berbunyi dering loceng yang selalu bingit..tik-tik..jam rupanya..


hari ini wajid menjadi bukti kejantananku, sudah lama aku menunggu masa ini, penantian aku ini sungguh jelek ibarat meludah keatas..langit tidak menerima hukuman..bumi juga memikul beban itupun jikalau aku elak pasti tidak mengenai aku..ye tak!!!!


dia cukup aku berkenan..mata ayu selembut sejuk hati ini walaupun senyum melirik tiap kali makhluk memandangnya..entahlah kambing senyum pun dia balas..meluat juga aku memperlihat hal seperti itu..dia!! dialah orang yang buat aku runsing nak berkata-kata kah atau menyanyi..


pernah dia menanya aku sekali "biasanya kalau petang awk buat apa??" dengan penuh yakin lagi jujur "tido sepanjang masa dan bangun semasa makan"

aku ingin menjadi manusia jujur..perkembangan dunia penuh dengan kejahilan peradapan..aku bukan skema jawapan peperiksaan stpm, dia hanya lihat aku tapi aku tidak hairan akan perkara sebegitu..masing-masing ada cara tersendiri dalam meniti perjalanan.

ah apa yang aku perihalankan itu adakah aku membodohi diriku?? kalau lah aku menjawab "petang aku membaca buku dan menolong orang tua ku" mesti aku mampu meraih simpati percintaan seorang gadis manis seperti dia.. tapi mengapa aku tidak mengata sebegitu, yelah aku telah berjanji dengan diriku dan orang tua supaya tidak bercakap bohong..siakap sinohong ikan gelama ikan duri bercakap bohong akhir cerita mencuri..

siapakah gadis itu terus pergi meninggalkan aku...

hujan reyai diluar makin lama semakin kurang, aku melangkah keluar..alamak hujan kuat pula..inilah kehidupan jika terus kita menempuh cabaran terus ada rintangan..aku berehat sekejap dulu, mana dia ni aku sudah lama menanti..aku cuba menanya" wahai adinda rindukah kepada ku" wah wah seindah cinta zulaikha..kalau aku sekuat yusuf..aku sebenarnya sering terkesima tiap-tiap gadis itu berkata...

dunia..kenapa kau melayang debu-debu jalanan..terseksa jiwa merana..

Selasa, 21 April 2009

dia bukan sampah kurap

malam hitam pekat mengisi tajam tari. bodoh tuah, matinya jebat, hilang maruah. anjing-anjing jalan mengisi urat-urat penat.'BODOH' hahaha, mari...ya aku masih ingat lagi bagaimana dulu aku berjalan mencari pedoman hati. tercerup dalam hati-hati.

rumah tua beratapkan bata-bata tua yang sudah kuyup kering menahan hujan panas mentari. kayu jadi dinding dan lantai menahan beban meraung "wahai manusia aku terseksa tolong! aku henti akan segala tangisan ini" jauh dihati aku terbit rasa berdenyut. nadi bernafas mencari ilmu masa-masa kecil. dia bukan sampah, dia hikmah hati kecil ku..adakah kau tahu!! hari-hari sudah mati. malam berkata jangan kau sedih dia memang begitu, embun dara menyelubungi pekat tari terus menari..

entah hati aku selalu berdetik seakan-akan dihujung dunia, aku juga alam dan dia juga alam. kita semua alam yang dijadikan kita sebegini. aku jahil akal? tak semudah orang kata "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!!" apakah maksud itu. aku mahu tau di mana aku harus sembah yang... ya hahahaahaha aku mengetahuinya sembah yang menjadikan sekelian alam..tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. aku ini alam dan dia juga alam. kita semua sama dan kenapa ada harus berbeda darjah, raja dan rakyat jelata...fikir-fikir