Isnin, 27 April 2009

Sakit tua

aku runsing memikirkan apa yang akan berlaku nanti..orang tua ku terlantang menahan bebanan kesakitan yang di alami sejak bertahun-tahun lamanya. puas-puas darah mengalir membenarkan Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak mengiakan glukos dalam darah menembusi dinding sel dengan membawa hila tawa.

ayah aku mengerti.."sudah!! jangan nak paksa aku..kau ingat aku batang kayu..nak bawa aku ke hospital" " tapi ayah??". aku menjadi bingung kenapa orang tua ku masih degil mendengar kata-kata anakmu ini??.

wahai ayahanda ku..anakanda datang memohon sembah fikiran bukan meminta sembah durjana, anakanda bukan durjana itu "benda itu" sebenarnya durjana. Mengertilah ayahku, Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani. panggilan diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. anakanda mohon kasih junjungan ayahanda..

"kau apa tau, aku dah sakit bertahun-tahun.." mungkin itu maksud diri tua itu..

entah mana silapnya, memahami perasaan bukan sesuatu perkara yang senang atau pun mudah nak mengata seperti mengoyak sehelaian kertas..manis berkait dengan fungsi bauh pingang manusia..ye kalau jasad memanafaatkan fungsi tubuh..hidup ibarat sayur diberi makan baja, tahun 1897, dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

itu bukti barat, apakah orang itu mahu memahami pembuktian itu..mungkin curah air di lautan luas..

aku diam mengira abjad-abjad "ayah sekaya mana manusia tanpa kehamonian jasad tak berguna" sepi menyelubungi "aku tau, tapi ayah sudah lemah" cuba berlembut..benar titah uzur itu. Ayah lemah layan kerenah sakit itu. genetik sebenarnya memperangkap dirinya dan begitu juga aku..

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

kencing manis meresap dalam darah menghalang fungsi buah pingang..kegagalan berfungsi cernaan akibat musuh manis bermaharajarela 'GULA'. lengkap bala tentera semua, kita akan menyerang pertahanan musuh..tentera berkuda dan memanah bersiap sedia, otak mengaktifkan kekuatannya mengarah 'Serang'..musuh abzat diserang bertalu-talu tanpa henti..kubu mula pecah, sasaran dikenalpasti..tembak bom..pelbagai kemampuan digunakan..

alamak musuh telah mengawal tali air..tentera dahagakan..musuh memusnah buah pingang..kumpul mayat dan bakar biar jadi abu..hahahahah ketawa wahai durjana semua kita menang menawan...

2 ulasan:

  1. ayahanda selalu menyayangi anakanda-anakandanya..terutama anak perempuannya..hahaha
    ini kah abangku..waa siap dgn falsafah..

    BalasPadam
  2. TOLONGLAH BUANGKAN SEMULA GAMBAR YANG TERLEBIH SENI 2...
    MMG LA IANYA HANYA SEBUAH GAMBAR...
    TAPI TIDAKKAH ANDA TERSENTUH JIKA IANYA ADALAH IBU ANDA...

    BalasPadam